TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA ANDA MELAWAT KE BLOG AEROFLY X GAMES ADVENTURE...HARAP BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA YANG BERMINAT DALAM SUKAN X-TREME TERUTAMANYA DALAM BIDANG SUKAN UDARA BERMOTOR...
PENGENALAN
Jika anda mengimpikan diri anda untuk terbang bebas di udara bagai burung atau ingin memiliki pesawat terbang peribadi dengan anda sendiri teruskan mengemudi diri anda pada laman ini.
Jika ini yang anda impikan sekian lama, maka ParaLuncur Bermotor atau Paramotor mungkin jawapan untuk anda. Dengan kos permulaan yang rendah dan latihan asas yang singkat (3 ~ 7 hari/ 15 ~ 20 jam) oleh jurulatih berpengalaman kami, anda sudah boleh mengemudi dan mempunyai pesawat ringan peribadi kawalan anda sendiri.
ParaLuncur Udara Bermotor adalah sukan udara yang seronok dan mengujakan. Bermula di Eropah seterusnya ke Amerika, ia menular menjadi popular ke serata dunia. Usia sukan ini sudah mencecah lebih 18 tahun dan dengan teknologi dan kecanggihan pembuatan terkini peralatan sukan ini kini mudah diperolehi, lebih lasak, tahan lama dan semestinya mempuyai ciri ciri keselamatan yang sewajarnya.
Bercanggah dengan persepsi sesetengah individu, ia sebenarnya mampu dimiliki oleh mana-mana peminat sukan ini. ParaLuncur Udara bermotor membuka ruang untuk anda merasai pengalaman terbang dan menikmati pemandangan dari udara yang anda mimpikan sebelum ini. Definasi mudahnya, ParaLuncur Udara bermotor adalah gabungan Paraglider atau Paraluncur dan sebuah motor kecil 2 lejang seberat 25~35kg berkuasa 150~200cc memutarkan kipas yang disandang di belakang badan anda.
KESELAMATAN:
ParaLuncur Udara Bermotor adalah aktiviti sukan udara berisiko rendah. Jika dibandingkan dengan cabang penerbangan yang lain, ParaLuncur bermotor ini mempunyai risiko yang paling kecil. Jika anda juruterbang melakukan terbangan dengan cara selamat dan mengamalkan disiplin yang baik maka penerbangan anda juga selamat.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG:
Pihak JPA (DCA) menggalakan individu yang terlibat dalam sukan ParaLuncur Udara bermotor ini untuk mendapat kan lesen PPL (R) setelah menjalani latihan asas penerbangan, penggunaan peralatan secara teori dan amali. Latihan asas boleh dijalani dari kelab kelab ParaLuncur Udara terbang bebas dikendalikan oleh individu tertentu atau hubungi kami di AEROFLY X GAMES ADVENTURE.
PERALATAN PARALUNCUR UDARA BERMOTOR:
AEROFLY X GAMES ADVENTURE berupaya membantu mendapatkan peralatan paramotor dan Paraluncur untuk anda dengan harga berpatutan bergantung kepada citarasa dan minat anda. Harga sebuah enjin bermula dari RM6500 hingga ke RM25000 manakala untuk harga Paraluncur atau Paraglider harganya bermula dari RM6000 ke RM12,000. Kebanyakan Paramotor ini adalah diimport dari luar negeri terutama dari Asia (Korea, Jepun), Eropah (Rep Czech, UK, Sepanyol) dan Amerika Syarikat menyebabkan harganya agak tinggi. Sekiranya anda punya kemahiran teknikal, anda mungkin berupaya membina enjin paramotor anda sendiri.
Hubungi kami di AEROFLY X GAMES ADVENTURE untuk maklumat lanjut
LATIHAN
DIKENDALIKAN OLEH JURULATIH MAHIR
Ia adalah latihan asas untuk individu memperolehi skill, tatacara kendalian Paraglider, kendalian peralatan paramotor, penyelenggaraan enjin & campuran minyak dan petrol, pemakaian 'harness' yang kemas dan betul, perlepasan dan pendaratan dengan seliaan jurulatih bagi mencapai peringkat terbang solo sesingkat tempoh masa 3~7 hari.
Ia adalah latihan asas untuk individu memperolehi skill, tatacara kendalian Paraglider, kendalian peralatan paramotor, penyelenggaraan enjin & campuran minyak dan petrol, pemakaian 'harness' yang kemas dan betul, perlepasan dan pendaratan dengan seliaan jurulatih bagi mencapai peringkat terbang solo sesingkat tempoh masa 3~7 hari.
Juga dilatih segala aspek Luncur Udara Bermotor yang merangkumi perlepasan arah hadapan (forward launch) dan arah belakang (backward launch), teknik-teknik dan tip berguna, selenggaraan peralatan, menguasai, mempelajari cuaca dan arah angin, teknik terbangan yang selamat. Antara perkara-perkara yang terkandung dalam latihan adalah seperti berikut:
Silibus Latihan
- Mempelajari dan memahami peralatan Paraglider, Harness, Propeller dan Paramotor.
- Mempelajari bahagian-bahagian Paraglider, fungsi dan kegunaannya.
- Mempelajari cara memasang 'harness' dan melaras tali "harness" untuk keselesaan, penggunaan yang betul dan selamat.
- Cara kendalian Paraglider untuk pelatih baru di darat.
- Menaik dan mengembang Paraglider dan belajar mengendali kawalan kiri dan kanan tali brek.
- Perlepasan arah hadapan tanpa enjin.
- Perlepasan arah hadapan ditunda dengan tali untuk terbang rendah dengan Paraglider.
- Kendalian enjin didarat dan mengawal dan merasai tork enjin.
- Asas pemeriksaan awal sebelum dan selepas terbang.
- Asas selenggaraan enjin, campuran minyak dan petrol yang betul, dan membersihkan enjin
- Asas penyelenggaraan Paraglider, melipat dan cara penjagaan Paraglider.
Adalah diingatkan bahawa menjalani latihan Luncur Udara Bermotor dari sesebuah kelab atau jurulatih berpengalaman adalah digalakkan dan adalah mustahil untuk anda menguasai atau mempelajari sukan ini secara bersendirian.
Tanpa seliaan jurulatih atau seseorang yang berpengalaman,anda mungkin boleh mengalami kecederaan atau maut.
Hubungi kami di AEROFLY X GAMES ADVENTURE untuk maklumat lanjut.